Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Dadu Polis Klang Serbu Premis Judi

Diterbitkan: 28 Sep 2017 6.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Klang, 28 September 2017 - Seorang warga emas berusia 74 tahun antara 22 orang kaki judi yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di sini tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-dadu-polis-klang-serbu-premis-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:18 MYT

OP DADU : POLIS KLANG SERBU PREMIS JUDI

Klang, 28 September 2017 - Seorang warga emas berusia 74 tahun antara 22 orang kaki judi yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di sini tengah malam tadi.

Dalam serbuan Ops Dadu yang bermula kira-kira pukul 12.20 tengah hari dan berakhir kira-kira pukul 3 petang itu, turut ditahan lima pekerja premis yang terdiri daripada empat lelaki Bangladesh dan seorang lelaki warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat awam dan risikan sejak tiga hari yang lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis tersebut berselindung disebalik pusat hiburan keluarga dan ia telah beroperasi sejak dua bulan yang lalu.

"Bahagian luar premis ini menyediakan mesin simulator permainan kanak-kanak, namun hasil pemeriksaan lanjut kita telah menemui satu pintu rahsia yang menghubungkan antara bahagian depan dan belakang yang menempatkan puluhan mesin judi pelbagai jenis.

"Namun hanya pelanggan tetap sahaja yang dibenarkan masuk ke bahagian belakang tersebut dan ia turut di kawal oleh televisyen litar tertutup (CCTV). Premis ini beroperasi seawal pukul 10 pagi hingga 1 pagi,"katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut ACP Shamsul Amar, secara keseluruhan operasi terbabit berjaya menahan 22 orang pemain dan lima penjaga premis yang terdiri daripada 23 orang lelaki tempatan dan empat orang warga Bangladesh berusia lingkungan 19 hingga 74 tahun.

Sumber : http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz4tyvnvR48
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2017 6.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM