Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Dadu 11 Individu Ditahan

Published: 19 Jun 2016 5.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kota Kinabalu, 19 Jun - Sebanyak 11 individu ditahan dalam operasi judi haram Op Dadu di sekitar bandar raya ini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-dadu-11-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:03 MYT


Kota Kinabalu, 19 Jun - Sebanyak 11 individu ditahan dalam operasi judi haram Op Dadu di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 58 tahun terdiri daripada penjaga dan pelanggan pusat perjudian berkenaan.

"Kesemua mereka ditahan dalam operasiempat jam bermula 2 petang di empat premis berasingan yang menjalankan judi loteri awam haram dan 'wah hui," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, 11 yang ditahan itu terdiri daripada sembilan penjaga atau pengurus pusat perjudian berkenaan manakala dua lagi adalah pelanggan.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,005, sembilan telefon bimbit, tujuh mesin cetak, serta peralatan perniagaan seperti resit dan alat tulis yang dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2016 5.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM