Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Covid 19 Kpn Tinjau Pelaksanaan Sjr Di Kontinjen Selangor

Diterbitkan: 07 May 2021 5.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gombak, 7 Mei 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani membuat tinjauan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di beberapa lokasi berbeza dalam Kontinjen Selangor, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-covid-19-kpn-tinjau-pelaksanaan-sjr-di-kontinjen-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
 
Gombak, 7 Mei 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani membuat tinjauan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di beberapa lokasi berbeza dalam Kontinjen Selangor, malam tadi.

SJR Rawang arah utara menjadi lokasi pertama yang dilawati beliau bagi melihat dengan lebih dekat pemantauan dilakukan selain beramah mesra dengan para petugas dari Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dato' Sri Acryl Sani turut meninjau penugasan SJR yang dilaksanakan di susur keluar Hospital Sungai Buloh. Beliau mengingatkan para petugas agar menjalankan tugas dengan penuh berhemah selain sentiasa menjaga keselamatan diri ketika di lapangan.
Lokasi lain yang turut dilawati ialah SJR Tol Subang Jaya, Selangor.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan dan Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar.

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says 'BRINGING UP TO SPF'

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors


ArtikelDiterbitkan 07 May 2021 5.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM