Op Covid 19 Artikel Pilihan Tetap Ingin Solat Jumaat 116 Warga Asing Ditahan Di Johor
Johor Bahru, 27 Mac 2020 - Seramai 116 warga asing ditahan di sebuah kilang di Muar kerana berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat, tengah hari ini.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua warga asing itu kini ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, sebelum penahanan itu, polis menerima makluman awam mengenai tindakan warga asing berkenaan berkumpul dan pihaknya menghantar anggota bagi membuat pemeriksaan.
Katanya, polis mendapati 116 warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang mahu menunaikan solat Jumaat di kawasan bumbung kilang berkenaan.
“Kesemua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana mengingkari arahan PKP selain mengikut Akta Imigresen.
“Polis juga sedang menyiasat sama ada majikan mereka mengetahui tindakan mereka berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di premis kilang terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Polis Johor
Artikel penuh seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/warga-asing-mahu-solat-jumaat-d…
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559245/warga-asing-mahu-solat-jumaat-ditahan-ingkar-pkp?fbclid=IwAR32e2NU5RbIN6zqrkiLzwk5BIeyTmlMF1-Q3uEUU1fjPYQN-VuOPOhDWzA