Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Posting Pilihan Laluan Khas Dibuka Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Kenderaan Perdagangan Keperluan Asas

Diterbitkan: 28 Mar 2020 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki hari yang ke - 11 pada hari ini. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan inisiatif untuk memberi laluan khas atau "fast lane" kepada petugas barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta lain-lain agensi yang terlibat termasuklah kenderaan perdagangan yang membawa barangan keperluan asas dan makanan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-laluan-khas-dibuka-kepada-petugas-barisan-hadapan-dan-kenderaan-perdagangan-keperluan-asas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:30 MYT

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki hari yang ke - 11 pada hari ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan inisiatif untuk memberi laluan khas atau "fast lane" kepada petugas barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta lain-lain agensi yang terlibat termasuklah kenderaan perdagangan yang membawa barangan keperluan asas dan makanan.

Laluan khas ini dibuka di setiap lokasi Sekatan Jalan raya (SJR) di semua lebuh raya bagi memastikan para petugas barisan hadapan dan pembawa barangan keperluan asas ini dapat segera sampai ke destinasi yang dituju tanpa terperangkap dalam kesesakan ketika pemeriksaan dibuat.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
https://www.facebook.com/JSPTPDRM/posts/1496132547215781?__tn__=H-R

#StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2020 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM