Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Brotula Gagalkan Sindiket Edar Dadah Guna Khidmat Kurier

Published: 10 Sep 2014 6.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil daripada maklumat penyeludupan dadah oleh syarikat perkhidmatan kurier, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah melancarkan Op Brotula dan berjaya menahan tiga lelaki warganegara Nigeria bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 7.04 kilogram (kg) dalam dua siri tangkapan di Kuala Lumpur pada 2 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-brotula-gagalkan-sindiket-edar-dadah-guna-khidmat-kurier
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT

Kuala Lumpur, 10 Sept - Hasil daripada maklumat penyeludupan dadah oleh syarikat perkhidmatan kurier, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah melancarkan Op Brotula dan berjaya menahan tiga lelaki warganegara Nigeria bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 7.04 kilogram (kg) dalam dua siri tangkapan di Kuala Lumpur pada 2 September lalu.

Dalam tangkapan pertama, pihak polis telah membuat pemantauan di kawasan letak kereta sebuah apartment di Persiaran Meranti, Kuala Lumpur sementara menunggu ketibaan kenderaan syarikat perkhidmatan kurier menghantar parcel.

Tangkapan dilakukan setelah serbuan ke atas dua lelaki warga Nigeria yang menerima kotak bungkusan terbabit dan berdasarkan pemeriksaan oleh pihak polis, sejumlah 6.06 kg syabu telah dijumpai dalam kotak terbabit.

Dalam serbuan kedua di kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kuala Lumpur, pihak polis turut menahan seorang lelaki warga Nigeria setelah pemeriksaan ke atas bungkusan kiriman yang diterimanya mengandungi dadah syabu seberat 979 gram.

Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.4 juta dan kesemua suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang lain.

ArticlePublished 10 Sep 2014 6.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM