Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Bersepadu 22 Suspek Ditahan Ipd Wangsa Maju

Published: 19 Jun 2014 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Bagi tangkapan membabitkan pasukan narkotik, pihak kita berjaya merampas dadah seberat 8.23 gram heroin. 'Seramai lapan lagi suspek ditangkap kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah termasuk tiga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-bersepadu-22-suspek-ditahan-ipd-wangsa-maju
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT
Kuala Lumpur: Polis menahan seramai 22 individu termasuk seorang wanita dalam Op Bersepadu mingguan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sejak 1 April sehingga Isnin lalu.
 
Ketua Polis Daerah, Supritendan Nor Azman Muhamad Yusuf berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah.

"Bagi tangkapan membabitkan pasukan narkotik, pihak kita berjaya merampas dadah seberat 8.23 gram heroin.
"Seramai lapan lagi suspek ditangkap kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah termasuk tiga daripadanya merupakan orang IPD Wangsa Maju dikehendaki bagi kes melibatkan kecederaan parah, samun dan ragut serta Akta Kesalahan Kecil," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini semalam.

Tambah Nor Azman, seramai enam suspek juga ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil kerana terlibat dengan pengedaran iklan dan poster pemberi wang pinjaman tanpa lesen.

"Dalam tangkapan di tiga lokasi berlainan, kita berjaya merampas kira-kira 2,130 keping iklan dan poster berkaitan pinjaman daripada ah long.
 
"Kesemua mereka daripada agensi berlainan namun ditahan atas kesalahan yang sama iaitu mengikut Seksyen 11 (2) Akta Pemberi Wang Pinjaman Tanpa Lesen " ujarnya lagi.

Op Bersepadu 22 Suspek Ditahan Ipd Wangsa Maju

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 19 Jun 2014 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM