Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Syabas Dan Terima Kasih Ntf Atas Pencapaian Cemerlang Sepanjang Penubuhan

Published: 28 Dec 2022 11.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Disember 2022 - National Task Force (NTF) yang menggabungkan elemen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku "lead agency" bersama 18 agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara rasminya akan dibubarkan pada 31 Disember ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-syabas-dan-terima-kasih-ntf-atas-pencapaian-cemerlang-sepanjang-penubuhan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:50 MYT
Kuala Lumpur, 28 Disember 2022 - National Task Force (NTF) yang menggabungkan elemen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku "lead agency" bersama 18 agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara rasminya akan dibubarkan pada 31 Disember ini.

Berbekalkan misi menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengekang penularan wabak COVID-19, NTF telah melakar pelbagai kejayaan cemerlang sepanjang penubuhannya sejak 6 Mei 2020.

Antara kejayaan yang dilakar NTF sepanjang hampir dua tahun penubuhannya ialah tangkapan seramai 23,683 PATI dan 2,794 tekong haram termasuk penyeludup dengan kumulatif rampasan keseluruhan bernilai lebih RM1 bilion.

Sementara itu, PDRM di bawah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) merupakan ahli tetap “Command Committee Meeting” bagi menjayakan sebarang operasi bersama demi menjaga kedaulatan negara.

Berucap dalam Majlis Penghargaan Perkhidmatan Op Benteng 2020-2022 Sempena Pembubaran NTF di Auditorium Wisma Pertahanan di sini petang tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaannya kepada seluruh warga NTF atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat yang menyokong selama penubuhan pasukan khas itu.

"Kerjasama serta sokongan penuh yang diberikan merupakan sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia telah berjaya melakar kejayaan yang amat gemilang di dalam lipatan sejarah keselamatan negara," ujar beliau.

Dalam majlis tersebut juga, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM secara rasminya membacakan pembubaran NTF dan menyerahkan buku “coffee table” 2.0 kepada 19 para pegawai kanan dari pelbagai agensi, sebagai tanda kenangan.

Turut berlangsung secara simbolik pembubaran NTF ialah pemakaian lencana kepada lapan para pegawai kanan yang diketuai oleh Komander NTF sendiri iaitu Laksamana Madya Dato' Roslan Mohd Yunus, yang disempurnakan secara bersama oleh PAT dan KPN.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua Staf Operasi NTF, DCP Dato' Yusoff Hj. Mamat, barisan Komander Jabatan KDNKA, para pegawai kanan PDRM dan lain-lain agensi serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 11 people, people standing and military uniform


May be an image of 5 people, people standing, military uniform and text

May be an image of 1 person

May be an image of 6 people, people standing and military uniform

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 9 people

May be an image of 4 people
\
May be an image of 3 people and people standing
ArticlePublished 28 Dec 2022 11.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM