
Artikel
Op Benteng Posting Pilihan Timbalan Kpn Melawat Markas Taktikal Pga Dan Pos Kawalan Dalam Kontinjen Johor
Batu Pahat, 4 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini meneruskan lawatan kerja beliau ke Markas Tak...
Batu Pahat, 4 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini meneruskan lawatan kerja beliau ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Sungai Koris dan beberapa pos kawalan yang dikawal oleh pihak polis.
Ketibaan beliau di markas taktikal pagi tadi diiringi Ketua Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ditaklimatkan berkenaan isu-isu keselamatan yang dijaga oleh pihak berkuasa oleh Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang.
Seusai program di markas taktikal tersebut, Datuk Seri Hj. Mazlan turut berkesempatan meninjau beberapa pos kawalan PGA di Sungai Ayam dan Minyak Beku, di sini bagi melihat sendiri kesiapsiagaan anggota Polis Diraja Malaysia di perbatasan.
Lawatan kerja rasmi beliau tadi berakhir dengan melawat Pondok Polis Pantai Minyak Beku dan penyampaian amanat kepada warga Pasukan di Balai Polis Parit Sulong.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Tuan Zulkafli Sariaat, Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Tuan Adnan Ahmad dan Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim.
Sumber: Polis Johor