Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Benteng Posting Pilihan Op Benteng Kontraban Polis Marin Buat Rampasan Bernilai Rm4 73 Juta

Diterbitkan: 19 Jun 2021 7.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Komander PPMW5 Sarawak, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, menerusi Op Benteng, sebuah kapal kargo dianggarkan bernilai RM4 juta telah dirampas bersama 929 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai RM185,800 serta pelbagai peralatan perkapalan yang nilainya berjumlah RM417,100.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-posting-pilihan-op-benteng-kontraban-polis-marin-buat-rampasan-bernilai-rm4-73-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:26 MYT
Sibu, 19 Jun 2021 - Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Bintulu, Sarawak membuat rampasan dianggarkan bernilai RM4.73 juta dalam Op Benteng dan Op Kontraban yang dilaksanakan di daerah Bintulu semalam.

Komander PPMW5 Sarawak, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, menerusi Op Benteng, sebuah kapal kargo dianggarkan bernilai RM4 juta telah dirampas bersama 929 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai RM185,800 serta pelbagai peralatan perkapalan yang nilainya berjumlah RM417,100.

Katanya, kru kapal kargo seramai lima warga tempatan dan seorang warga asing turut ditahan dalam operasi itu.

“Dalam Op Benteng di Kuala Batang Kemena, sebuah kapal kargo dalam perjalanan dari Sri Aman ke Bintulu telah ditahan serta diperiksa dan didapati membawa muatan kayu balak pelbagai jenis dan saiz. Juragan gagal mengemukakan keterangan berkaitan Akta Kastam 1967 iaitu tiada dokumen pelepasan pelabuhan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tuan Shamsol berkata, kapal kargo tersebut dan muatannya telah diiringi ke Markas Operasi PPMW5 dan kes dirujuk serta diserahkan kepada Jabatan Kastam Bintulu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Tuan Shamsol berkata, menerusi Op Kontraban melibatkan sekatan jalan raya di kawasan Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau dan Kampung Warisan, Jepak, pihaknya menahan dan memeriksa sebuah van yang membawa muatan pelbagai jenama minuman keras dan rokok.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1973553
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2021 7.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM