Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Upah Lumayan Seludup Pati Warga Tempatan Gelap Mata Terima Tawaran Sindiket

Published: 21 Aug 2021 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Upah lumayan dipercayai antara penyebab utama aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini sukar dibanteras kerana sindiket menawarkan antara RM200 hingga RM400 bagi seorang PATI yang berjaya diseludup.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-upah-lumayan-seludup-pati-warga-tempatan-gelap-mata-terima-tawaran-sindiket
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
Upah lumayan dipercayai antara penyebab utama aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini sukar dibanteras kerana sindiket menawarkan antara RM200 hingga RM400 bagi seorang PATI yang berjaya diseludup.

Bayaran yang diterima itu mengikut peranan dan perkhidmatan disediakan bermula sebagai mata-mata atau ‘sapu air’, ejen mencari orang, ‘transporter’ hinggalah ke tekong darat. Tawaran upah lumayan mencecah ratusan ribu ringgit ini menyebabkan ada rakyat tempatan yang gelap mata sehingga sanggup bersekongkol dengan ketua sindiket daripada negara jiran.

Mendedahkan modus operandi penyeludupan PATI ke negara ini, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, sindiket terbabit biasanya akan mengaut keuntungan semaksimum yang boleh daripada kegiatan tersebut.

“Sindiket dari negara seberang ini menyediakan kumpulan PATI yang ingin masuk ke Malaysia manakala sindiket di sini (Malaysia) akan menyediakan PATI yang hendak balik ke negara asal.

“Dengan cara ini sindiket boleh memaksimumkan perjalanan pergi dan balik bot yang akan sentiasa dipenuhi PATI,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Ikuti kupasan lanjut pembongkaran modus operandi penyeludupan PATI oleh Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

ArticlePublished 21 Aug 2021 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM