Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Tiga Tekong Darat Warga Tempatan Bawa Pati Ditahan Polis

Published: 24 Jun 2021 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Banting, 24 Jun 2021 - Tidak sempat mengambil 'penumpang' menggunakan tiga kenderaan apabila tiga tekong darat warga tempatan ditahan polis awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-tiga-tekong-darat-warga-tempatan-bawa-pati-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Banting, 24 Jun 2021 - Tidak sempat mengambil 'penumpang' menggunakan tiga kenderaan apabila tiga tekong darat warga tempatan ditahan polis awal pagi semalam.

Tiga lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 59 tahun dipercayai memperolehi pendapatan ribuan ringgit dengan menjemput dan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di pantai negara ini.

Kegiatan jenayah tiga suspek itu dibongkar selepas mereka ditahan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menerusi dua tangkapan berbeza di sekitar Kelanang di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, tangkapan pertama dilakukan sekitar jam 8.30 pagi selepas polis menahan tiga kenderaan dipandu tiga lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan di pesisir Pantai Kelanang menemui 27 PATI warga Indonesia termasuk 18 wanita berusia 26 dan 51 tahun.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text that says 'Tak sempat ambil 'penumpang' Tiga tekong darat warga tempatan bawa Pati ditahan polis O
ArticlePublished 24 Jun 2021 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM