Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau Kawasan Sekitar Pulau Langkawi Guna Dron

Published: 02 Oct 2021 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 2 Oktober 2021 - Polis turut menggunakan dron bagi memantau kawasan perairan pulau ini selain beberapa pantai dikenal pasti untuk mengekang pendaratan warga asing yang mahu menyeludup masuk ke negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-polis-pantau-kawasan-sekitar-pulau-langkawi-guna-dron
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:22 MYT
Langkawi, 2 Oktober 2021 - Polis turut menggunakan dron bagi memantau kawasan perairan pulau ini selain beberapa pantai dikenal pasti untuk mengekang pendaratan warga asing yang mahu menyeludup masuk ke negara ini.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, Op Benteng di lokasi berkenaan akan diperkukuhkan malah pihaknya sudah mengenal pasti lokasi pendaratan termasuk di kawasan Bukit Malut selain Pantai Teluk Nibong dan Pantai Pasir Tengkorak di sini.

"Pantai di kawasan berkenaan ditutup pada waktu malam kepada pengunjung kerana sunyi dan gelap. la memberi peluang kepada warga asing untuk menyeludup masuk.
"Kami menempatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pasukan Gerakan Am selain Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan terbabit" katanva.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan di Pantai Teluk Nibong dan Pantai Pasir Tengkorak bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi kelmarin.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of one or more people and text
 
 
ArticlePublished 02 Oct 2021 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM