
Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Edar Gambar Geng Nicky
Rantau Panjang, 9 April 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu sudah mengedarkan gambar Geng Nicky kepada seluruh anggota yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menerusi Op Benteng COVID-19.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan ahli kumpulan geng itu meloloskan diri ke luar negara menggunakan lorong-lorong tikus.
"Samua anggota yang bertugas di lokasi sekat pintas telah diberikan gambar ini.
"Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang perkembangan berkaitan individu yang sedang diburu itu," katanya kepada pemberita di Markas PGA Lubok Stol, di sini, Khamis.
Menurutnya, PGA mengalu-alukan orang ramai untuk memberi kerjasama sekiranya ternampak suspek di sekitar kawasan sempadan dengan menghubungi pihak berkuasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Sumber: Sinar Harian