Artikel
Op Benteng Artikel Pilihan Pga Siap Siaga Ambil Alih Tugas Aksem
Pasir Mas, 5 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) bersiap siaga memperkasa kawalan dan menempatkan pegawai serta anggotanya dalam pengambilalihan tugas Agensi...
Pasir Mas, 5 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) bersiap siaga memperkasa kawalan dan menempatkan pegawai serta anggotanya dalam pengambilalihan tugas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang dijangka bermula September ini.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, setakat ini perancangan pihaknya adalah untuk menempatkan lebih 20 pegawai dan anggota di setiap sekatan jalan raya (SJR) yang dikendalikan AKSEM di Kelantan.
“PGA telahpun menyenaraikan kekuatan pegawai dan anggota dan kita akan lihatlah selepas arahan diterima kita akan mulakan penugasan di AKSEM nanti, manakala yang lain itu kita tunggu daripada Kementerian Dalam Negeri dalam hal mengambil alih kemudahan prasarana dan pejabat AKSEM khususnya di Rantau Panjang, dekat sini,” katanya.
Tuan Hasan Basri berkata demikian pada sidang media Op Benteng di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi pengambil alihan tugas AKSEM di Kelantan, ia melibatkan tiga lokasi SJR iaitu Neting di Pengkalan Kubor, Cabang Empat Salam di Rantau Panjang dan Lalang Pepuyu di Tanah Merah.
Sumber: Bernama
