Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Artikel Pilihan Pdrm Cadang Letak Peralatan Tangkis Tembakan Di Pos Kawalan Sempadan Negara

Published: 21 Apr 2021 11.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang meletakkan peralatan yang mempunyai ciri-ciri menangkis tembakan dan seumpamanya, sama seperti fungsi pemakaian baju kalis peluru di pos kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-artikel-pilihan-pdrm-cadang-letak-peralatan-tangkis-tembakan-di-pos-kawalan-sempadan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT

Kuala Lumpur, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang meletakkan peralatan yang mempunyai ciri-ciri menangkis tembakan dan seumpamanya, sama seperti fungsi pemakaian baju kalis peluru di pos kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya telah membuat kajian dan membawa idea itu kepada pihak berkaitan bagi memastikan setiap pos kawalan dapat bertahan daripada serangan dan tembakan musuh.

“(Ia) bukannya beg pasir (akan tetapi peralatan) yang menggunakan teknologi ves "bullet proof" yang digunakan untuk pos kawalan sebagai penampan. Sebelum ini, penggunaan peralatan ini tiada (di pos kawalan) bermakna kita terdedah untuk ditembak.

“Kami telah bawa cadangan ini ke peringkat seterusnya dengan jumlah kewangan yang diperlukan. (Ketika ini, ia mungkin diletakkan) di kawasan titik panas sahaja dan kita tidak buat untuk semua pos kawalan (kerana ia memerlukan peruntukan yang tinggi),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

“Apa yang saya hendak beritahu setakat ini, kawalan sempadan Malaysia-Thailand sama ada di Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah adalah dalam keadaan terkawal sekarang,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1954311

Sumber:
ArticlePublished 21 Apr 2021 11.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM