
Artikel
Op Banjir Polis Batu Pahat Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir
Cakna dengan situasi yang berlaku, warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat turun padang ke Taman Berlian dan Kampung Parit Awang, Yong Peng bagi memban...
Cakna dengan situasi yang berlaku, warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat turun padang ke Taman Berlian dan Kampung Parit Awang, Yong Peng bagi membantu membersihkan kawasan kediaman mangsa-mangsa banjir.
Dalam operasi pasca banjir tersebut seramai dua pegawai kanan dan 28 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Balai Polis Yong Peng ditugaskan membantu kerja-kerja pembersihan di perkampungan penduduk itu.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat