‘ONCE A POLICEMAN, ALWAYS A POLICEMAN’
KUALA LUMPUR – 19 Disember. “Walaupun tidak lagi bersama pasukan Polis Diraja Malaysia, tuan-tuan dan puan –puan tetap menjadi sebahagian daripada keluarga PDRM” ucap YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara.
Persaraan adalah titik permulaan bagi satu lembaran baru bersara daripada perkhidmatan awam, tetapi masih amat diperlukan untuk terus memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara, katanya lagi.
Teruslah berkongsi pengalaman serta sedia menabur jasa dan khidmat bakti kerana kemahiran serta pemikiran berkaitan aspek keselamatan amat diperlukan bagi membantu pasukan kearah mewujudkan negara yang aman dan sejahtera, tambah beliau lagi.
Majlis Malam ‘Jasamu Dikenang ‘ diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan pesara dan bakal pesara peringkat Bukit Aman di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur malam tadi.
Turut hadir, Komisioner Polis Dato’Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Wira Ayub bin Haji yaakob, mantan , Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan para pesara yang diraikan.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan ucapan.
Ucapan balas wakil pesara polis oleh Dato' Wira Ayub Bin Yaakob.
Penyampaian sijil dan cenderamata PDRM kepada pesara dan bakal pesara.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim beramah mesra bersama pesara-pesara.
Bergambar kenangan..