Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Obk Lawatan Rasmi Kpn Ke Taman Negara Merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Bilangan 2 2024

Published: 21 Oct 2024 11.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 16 Bilangan 2/2024 di Taman Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/obk-lawatan-rasmi-kpn-ke-taman-negara-merangkap-pengerusi-bersama-mesyuarat-bilangan-2-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:08 MYT
 
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 16 Bilangan 2/2024 di Taman Negara, di sini.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Tuan Ribuan Abdullah yang mewakili Ketua Pengarah JKDM.

Berucap dalam mesyuarat tadi, Tan Sri Razarudin terus menyatakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah elemen Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Wildlife Crime Bureau (WCB) / Perisikan Siastan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) untuk menyokong Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang turut meliputi OBK.

“PDRM akan terus komited bersama-sama Kerajaan menerusi OBK, yang menyokong ‘Nilai Teras Ke-7’ dalam Dasar Keselamatan Negara iaitu Pembangunan Mampan.

“Sesungguhnya aspek keselamatan perlu diberi keutamaan dalam setiap perancangan strategi untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian sumber negara terpelihara bagi kesejahteraan rakyat serta keperluan generasi akan datang”, tegas beliau.

Dalam mesyuarat tadi juga, Tan Sri Razarudin telah menyaksikan majlis pelancaran buku OBK yang disempurnakan oleh Dato’ Abdul Kadir, sebelum mewakili warga Pasukan untuk menjemput tetamu yang hadir ke Mesyuarat OBK Bilangan 1/2025 yang akan dipengerusikan PDRM pada Jun 2025.

Mesyuarat secara penggiliran di antara PDRM, PERHILITAN dengan JKDM itu dipengerusikan kali terakhir oleh PDRM pada Mei lalu.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin hadir memenuhi undangan PERHILITAN dalam Majlis Makan Malam Rasmi OBK yang diadakan di sini sebelum turut serta dalam beberapa aktiviti lawatan rasmi sempena Pemukiman Jabatan Perhilitan Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh pihak urus setia.

Antara aktiviti yang disertai ialah titian kanopi, “rapit shooting”, lawatan ke Santuari Kelah dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Perkampungan Orang Asli Suku Batek dekat Kampung Sungai.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (PGA), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah (WCB/Perisikan Siasatan Khas), Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people, kayak and text

May be an image of 4 people, boat and text

ArticlePublished 21 Oct 2024 11.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM