Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Objek Seperti Bom Dijumpai Atas Bumbung Rumah

Diterbitkan: 08 Aug 2015 1.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Mertajam, 8 Ogos- Seorang penduduk terkejut apabila menjumpai satu objek yang menyerupai bom mortar ketika membaiki bumbung rumahnya di Permatang Ara di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/objek-seperti-bom-dijumpai-atas-bumbung-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT

Bukit Mertajam, 8 Ogos- Seorang penduduk terkejut apabila  menjumpai satu objek yang menyerupai bom mortar ketika membaiki bumbung rumahnya di Permatang Ara di sini hari ini.

Zainuddin Ismail, 58, berkata ketika iu beliau mahu membaiki bumbung zink rumahnya yang diterbangkan angin akibat hujan lebat kira-kira pukul 5 petang tadi.

"Ketika hendak membaiki bumbung, saya ternampak satu objek seperti bom mortar. Saya lalu menghampiri objek berkenaan dan mendapati ia adalah bom. Saya kemudiannya menghubungi pihak polis," katanya.

Beliau berkata beliau tidak tahu bagaimana objek berkenaan boleh berada di atas bumbung rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata pihaknya akan menyiasat lanjut objek berkenaan.

"Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisis dan kami sedang menyiasat bagaimana objek tersebut boleh berada di atas bumbung rumah itu," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Aug 2015 1.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM