Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nur Alert Perlindungan Awal Daripada Pengabaian Keganasan Dan Eksploitasi Terhadap Kanak Kanak

Published: 11 Jun 2014 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
agenda mesyuarat pada hari ini lebih memfokuskan kepada penambahbaikan sistem ini untuk membolehkan capaian maklumat berkenaan kehilangan kanak-kanak kepada petugas-petugas NUR-ALERT dan orang ramai...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nur-alert-perlindungan-awal-daripada-pengabaian-keganasan-dan-eksploitasi-terhadap-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT

Bukit Aman, 14 Mac - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Petugas Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak (NUR-ALERT) Bil 1/2012 di Bilik Mesyuarat Pengarah KDN/KA, Tingkat 29, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Dipengerusikan oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, agenda mesyuarat pada hari ini lebih memfokuskan kepada penambahbaikan sistem ini untuk membolehkan capaian maklumat berkenaan kehilangan kanak-kanak kepada petugas-petugas NUR-ALERT dan orang ramai.

Mesyuarat dihadiri oleh 31 perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta dari seluruh negara. 

Pewujudan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR (National Urgent Response) Alert merupakan inisiatif kerajaan yang dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada pengabaian, keganasan dan eksploitasi.

Mesyuarat ini telah berjaya mencambah minda serta mengutarakan beberapa cadangan yang bernas dalam menambahbaikan sistem Nur Alert pada masa akan datang. Penggunaan banner serta maklumat yang lebih 'catchy' akan digunakan supaya orang ramai lebih tertarik untuk memberikan respons terhadap kanak-kanak hilang di Malaysia.

Turut hadir, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi JSJ, YDH SAC Dato' Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ, Y.Bhg Encik Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Nur Alert Perlindungan Awal Daripada Pengabaian Keganasan Dan Eksploitasi Terhadap Kanak Kanak
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

Antara perwakilan daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Ahli-ahli mesyuarat menyuarakan pendapat berkenaan penambahbaikan Sistem NUR-Alert..

Wartawan & Jurufoto:    L/Kpl Irfan bin Bujang

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM