Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Npa Jepun Jalankan Program Penyelidikan Ke Pdrm

Published: 23 May 2017 9.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 23 Mei 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lawatan daripada delegasi National Police Agency (NPA) Jepun yang akan menjalankan beberapa siri lawatan ke formasi PDRM di sekitar ibu negara sehingga 25 Mei ini. Delegasi NPA Jepun ini terdiri daripada 36 pegawai-pegawai kanan yang diketuai oleh Superintendan Katsuya Tsubakimoto yang juga merupakan Pengajar Kanan Senior Instructor Of Highest Tr
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/npa-jepun-jalankan-program-penyelidikan-ke-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:08 MYT

Kuala Lumpur, 23 Mei 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lawatan daripada delegasi National Police Agency (NPA) Jepun yang akan menjalankan beberapa siri lawatan ke formasi PDRM di sekitar ibu negara sehingga 25 Mei ini.

Delegasi NPA Jepun ini terdiri daripada 36 pegawai-pegawai kanan yang diketuai oleh Superintendan Katsuya Tsubakimoto yang juga merupakan Pengajar Kanan Senior Instructor Of Highest Training Institute for Investigation Leaders (HTTIL) NPA Jepun.

Program selama tiga hari ini dijadualkan akan melawat Maktab PDRM Kuala Lumpur, Markas Pasukan Simpanan Simpanan Persekutuan (PSP), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Muzium PDRM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan berakhir dengan lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas balik ke Jepun.

Sekilas berkenaan HTTIL, institut ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 1967 untuk mengendalikan kursus latihan penyiasatan maju, khususnya kepada pegawai-pegawai NPA Jepun untuk meningkatkan kepakaran dan membangunkan keupayaan pengurusan mereka.

_MG_6069
Sekitar bergambar kenangan di perkarangan lobi Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama Komandan Maktab PDRM, DCP Dato' Shamsiah Mohd Sharif.

_MG_5916
Sekitar pembentangan berlangsung.

_MG_5925
Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan, DCP Dato' Fatimah Abd Hamid semasa pembentangan berlangsung.

_MG_5941
Sekitar sesi soal jawab oleh deligasi NPA.

_MG_5957
Sekitar pembentangan berlangsung.

_MG_5997
Deligasi NPA dibawa melawat galeri dan sekitar Maktab PDRM.

_MG_6058
Sesi penyampaian cenderahati.

_MG_6061
Sesi penyampaian cenderahati.
ArticlePublished 23 May 2017 9.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM