Article
Nkra Perkasa Strategi Cegah Jenayah Jalanan
Lawatan YDH Pengerusi Urus Setia NKRA turut membawa kepada perbincangan mengenai pendekatan-pendekatan .....
Oleh : Kpl Edwind Indo
NKRA : PERKASA STRATEGI CEGAH JENAYAH JALANAN
KUALA LUMPUR, 19 Jun – "Saya harus turun padang untuk mendengar secara langsung daripada Ketua Polis Daerah dan Pegawai-Pegawai bawahan di sini tentang keadaan jenayah jalanan selain dari segi aspek bantuan-bantuan yang diperlukan mereka bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan", ujar YDH CP Dato’Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA dalam satu lawatan kerja rasmi beliau di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Lawatan YDH Pengerusi Urus Setia NKRA turut membawa kepada perbincangan mengenai pendekatan-pendekatan baru tangani jenayah jalanan seperti ragut, rompakan bank dan curi kenderaan yang ketara terutamanya di sekitar Lembah Klang.
"Melihat keberkesanan program ini, kami akan mengumpul sumber-sumber maklumat melalui laporan polis, media sosial, media elektronik, panggilan telefon, surat-surat dan sebagainya daripada masyarakat bagi menyusun rapi bagi tindakan menangani isu yang dihadapi", tambah YDH Pengerusi Urus Setia NKRA di dalam taklimat.
YDH ACP Zainuddin Ahmad, Ketua Polis Dang Wangi, YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Pegawai Kanan Polis dan Rakan Media.

Ketibaan YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA disambut oleh Pegawai Kanan Polis IPPD Dang Wangi

Dato’Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA diiringi oleh YDH ACP Zainuddin Ahmad, Ketua Polis Dang Wangi ke Bilik Mesyuarat Utama

Dato’Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA mempengerusikan taklimat

Antara rakan media yang hadir

Sekitar taklimat

Antara Pegawai Kanan yang hadir

YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA menandatangani Buku Pelawat