Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ngo Sambut Baik Sistem Status Siasatan Kes Pdrm

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan sistem status siasatan kes di dalam laman web yang diyakini mampu meningkatkan mutu siasatan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ngo-sambut-baik-sistem-status-siasatan-kes-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan sistem status siasatan kes di dalam laman web yang diyakini mampu meningkatkan mutu siasatan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, melalui sistem itu, orang awam boleh mendapatkan maklumat bagi melihat sejauh mana status kes yang dilaporkan. Sistem itu akan dapat memastikan pihak berkuasa melaksanakan tugas dengan lebih baik supaya tiada lagi rungutan orang awam terhadap perkhidmatan yang disediakah.

"Kita berharap dengan penggunaan laman web PDRM ini, para pengadu boleh mengakses pergerakan kes yang sedang disiasat dengan mudah dan selamat. "Selain itu, sistem ini juga diharap mampu membantu polis mengurangkan kes dengan lebih sistematik demi keselamatan serta perlindungan orang awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Sumber : Utusan Malaysia

Ngo Sambut Baik Sistem Status Siasatan Kes Pdrm

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM