Ngo Sambut Baik Sistem Status Siasatan Kes Pdrm
Beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menyediakan sistem status siasatan kes di dalam laman
web yang diyakini mampu meningkatkan mutu siasatan.
Naib
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Thye (gambar) berkata, melalui sistem itu, orang awam boleh mendapatkan
maklumat bagi melihat sejauh mana status kes yang dilaporkan. Sistem itu
akan dapat memastikan pihak berkuasa melaksanakan tugas dengan lebih
baik supaya tiada lagi rungutan orang awam terhadap perkhidmatan yang
disediakah.
"Kita
berharap dengan penggunaan laman web PDRM ini, para pengadu boleh
mengakses pergerakan kes yang sedang disiasat dengan mudah dan selamat.
"Selain itu, sistem ini juga diharap mampu membantu polis mengurangkan
kes dengan lebih sistematik demi keselamatan serta perlindungan orang
awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini
Sumber : Utusan Malaysia
