Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Neraca Ke Syurga Cabaran Pdrm Kupas Profesyen Pdrm

Published: 01 Apr 2016 1.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Program turut bersiaran secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi mengupas isu-isu berkaitan profesionalisme kepolisan daripada pelbagai sudut syariat Islam dan menjawab kemuskilan warga polis yang hadir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/neraca-ke-syurga-cabaran-pdrm-kupas-profesyen-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:43 MYT

Oleh : Konst Mohamad Shazril Abd Rashid & Siti Nursyafiqah Zamri
Penyunting : Insp. Abd Rahim bin Siru, Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 1 April – Kerjaya polis bukan sahaja satu profesyen yang mencabar malah mendatangkan pahala kepada warganya dalam mempertahankan keamanan dan keharmonian negara. Fakta itu dihuraikan melalui satu majlis Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Peringatan Hari Polis Ke–209 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, malam semalam.


Forum bertajuk “Neraca Ke Syurga, Cabaran PDRM” dikendalikan oleh Ustaz Zakaria Othman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama Dr. Mohd Sukki Othman daripada Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ).

Program turut bersiaran secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi mengupas isu-isu berkaitan profesionalisme kepolisan daripada pelbagai sudut syariat Islam dan menjawab kemuskilan warga polis yang hadir.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan tunjang keselamatan negara sentiasa selari dengan syariat Islam agar keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini sentiasa terjamin selain menuntut kerjasama daripada masyarakat untuk merealisasikannya”, ujar Ustaz Zakaria Othman.

Turut sama ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Dato’ Zaleha Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman dan warga PDRM.

_MG_1781 copy
Ahli-ahli panel yang mengendalikan forum “Neraca Ke Syurga, Cabaran PDRM”

ArticlePublished 01 Apr 2016 1.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM