Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nenek Ditahan Dipercayai Edar Dadah

Published: 17 Jun 2014 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 22 Mei - Seorang nenek yang mempunyi tujuh orang cucu ditahan di rumahnya di Bakri di sini Ahad lepas kerana dipercayai mengedar 266 gram heroin. Wanita berumur 60 tahun itu dipercayai terbab..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nenek-ditahan-dipercayai-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT
Muar, 22 Mei - Seorang nenek yang mempunyi tujuh orang cucu ditahan di rumahnya di Bakri di sini Ahad lepas kerana dipercayai mengedar 266 gram heroin.

Wanita berumur 60 tahun itu dipercayai terbabit dengan kegiatan berkenaan sejak lima bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata turut ditahan ialah anak perempuan wanita terbabit yang berumur 26 tahun dan menantunya yang berumur 27 bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka negatif dadah. Semenntara itu dalam kes lain, beliau berkata dua lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Maharani pada Ahad lepas ditahan. BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM