Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nelayan Tahi Dadah Antara 83 Penagih Ditahan

Diterbitkan: 20 Oct 2014 1.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seberang Perai - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun ke dalam sungai di Kuala Muda, Kepala Batas di sini semalam bagi mengelakkan dicekup polis dalam Ops Mutiara Bersepadu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nelayan-tahi-dadah-antara-83-penagih-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:04 MYT
Nelayan Tahi Dadah Antara 83 Penagih Ditahan

Seberang Perai - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun ke dalam sungai di Kuala Muda, Kepala Batas di sini semalam bagi mengelakkan dicekup polis dalam Ops Mutiara Bersepadu. 

Lelaki itu bagaimanapun berjaya diselamatkan sebelum ditahan bersama 82 yang lain dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 4 pagi di empat lokasi di daerah ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Guan Beng Kang berkata, lelaki berusia 30-an itu berjaya diselamatkan anggota polis marin yang terlebih dahulu mengepung kawasan itu bersama dua buah hot. 

Menurut beliau, operasi berkenaan yang disertai 96 anggota dan pegawai itu menyasarkan empat kawasan panas penagihan dadah iaitu di Kuala Muda, Pinang Tunggal, Baka Tua dan Kuala Bekah di Kepala Batas di sini. 

"Kita menahan seramai 83 lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun yang dipercayai penagih dadah dengan dua daripadanya merupakan warga Thailand dan seorang warga Pakistan. 

"Kita turut merampas beberapa paket dadah heroin dan syabu dengan sebahagian yang ditahan merupakan nelayan di kawasan tersebut" kata beliau.

Sumber: 
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2014 1.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM