Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nelayan Ditahan Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm50 000 Disita

Published: 30 Jun 2016 8.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Polis menahan seorang nelayan dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM50,000 di kediamannya di Kampung Teluk Bakong, Bota, Selasa lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nelayan-ditahan-mercun-dan-bunga-api-bernilai-rm50-000-disita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:19 MYT
Seri Iskandar, 30 Jun - Polis menahan seorang nelayan dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM50,000 di kediamannya di Kampung Teluk Bakong, Bota, Selasa lepas.
 
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Aziz Hassan berkata dalam serbuan kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek berumur 43 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang permit dan lesen untuk menjual mercun serta bunga api.
 
"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, pihak polis menemui kesemua mercun dan bunga api yang disimpan di dalam kotak.
 
Mercun dan bunga api tersebut dipercayai akan diedarkan kepada peruncit di kawasan daerah Perak Tengah pada musim perayaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

 Aziz berkata suspek kini ditahan reman bermula Selasa lepas sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- BERNAMA
ArticlePublished 30 Jun 2016 8.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM