Article
Nelayan Asing Ditahan Ambil Hasil Laut Negara
'Kami telah merampas kedua-dua buah bot tersebut bersama 2400 kilogram hasil lautan dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM600,000,' ujarnya lagi...
Pengkalan Kubor, 16 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor
telah menahan dua buah bot nelayan asing dalam Operasi Pensura di 16
batu nautika dari rumah api Kuala Besar dekat sini pagi semalam.
Komander PPM Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata, pasukannya telah menahan dua buah bot nelayan sedang menunda di antaranya dan pemeriksaan mendapati tekong dan awak-awak gagal menunjukkan permit yang sah.
"Kami telah menahan 11 orang lelaki warga Vietnam tersebut kerana telah memasuki perairan negara dan memperoleh hasil lautan secara haram".
"Kami telah merampas kedua-dua buah bot tersebut bersama 2400 kilogram hasil lautan dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM600,000," ujarnya lagi.
Kesemua tahanan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kelantan untuk siasatan lanjut.

Sumber: PPM