Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 25 Feb - Program Pemasyarakatan PDRM/ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah hari ini telah diperluaskan kepada 70 lokasi yang merangkumi di seluruh negeri berbanding 44 buah lokasi sebelum..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nbos-pdrm-atm-perluas-lokasi-rondaan-bersama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:46 MYT
Oleh : KPL Edwind Indo

NBOS : PDRM/ATM PERLUAS LOKASI RONDAAN BERSAMA

Kuala Lumpur, 25 Feb – Program Pemasyarakatan PDRM/ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah hari ini telah diperluaskan kepada 70 lokasi yang merangkumi di seluruh negeri berbanding 44 buah lokasi sebelum ini.

Kenyataan itu diumumkan oleh YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Bukit Aman dalam satu Majlis Perjumpaan Khas Inisiatif 'Joint Patrol' Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Program rondaan bersama merupakan salah satu inisiatif 'National Blue Ocean Strategy' (NBOS) menyokong penurunan kadar jenayah indeks dan kadar jenayah jalanan.

"Antara objektif utama rondaan bersama ini untuk mengukuhkan keselamatan masyarakat dengan menunjukkan kehadiran pasukan keselamatan di samping mengerat hubungan kerjasama antara PDRM dan ATM", ujar YDH Pengarah JPPJ dalam ucapan beliau.

Bersempena dengan itu, Pengarah JPPJ turut memperkenalkan 'Standard Operation Prosidure' (SOP) kepada semua Ketua Polis Daerah.

"SOP ini sebagai garis panduan kaedah perlaksanaan program itu bagi memartabatkan imej PDRM dan ATM", tambah beliau lagi.

Ia termasuk dasar perlaksanaan penugasan termasuk penyeliaan, masa, kawasan dan komposisi penugasan.

Turut hadir adalah Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Dr. William Stevenson, Ketua Eksekutif MiDAS ATM, YDH Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Ahmad, Timbalan Pengarah JPPJ Bukit Aman, Y.Bhg Briged Jeneral Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Kanan MBOSC MiDAS ATM, YDH Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg Briged Jeneral Dato' Mohd Nasser Bin Haji Murad, Provos Marsyal Darat, Pegawai Kanan PDRM/ATM dan rakan media.

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Sekitar ketibaan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Ketibaan Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Dr. William Stevenson, Ketua Eksekutif MiDAS ATM disambut oleh YDH Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Ahmad, Timbalan Pengarah JPPJ Bukit Aman

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Bergambar kenangan di Maktab Cheras Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

Sekitar Majlis Perjumpaan Khas Joint Patrol PDRM-ATM

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Ucapan YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Bukit Aman

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Ucapan YDH Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Dr. William Stevenson, Ketua Eksekutif MiDAS ATM

Nbos Pdrm Atm Perluas Lokasi Rondaan Bersama
Sidang media

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM