Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia

Published: 12 Jun 2014 3.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada kali ini, Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad, Koperal Ismadi Riji, Lans Koperal Aloysius Jamimon dan Sukarelawan Polis (SP) Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah sekali lagi telah mengangkat martabat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nantikan-terbitan-buku-si-sazali-samad-jaguh-bina-badan-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Oleh : L/Kpl Edwind Indo

BUKIT AMAN, 29 November – "Sesungguhnya saya berasa amat berbangga dan bersyukur di atas kejayaan yang diperoleh oleh atlet-atlet bina badan PDRM yang telah mengharumkan nama Malaysia di Kejohanan Bina Badan Asia di Guangzhou, China pada 19 hingga 24 September lalu", ujar YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada jaguh-jaguh bina badan PDRM telah menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Pada kali ini, Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad, Koperal Ismadi Riji, Lans Koperal Aloysius Jamimon dan Sukarelawan Polis (SP) Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah sekali lagi telah mengangkat martabat dan nama Polis Diraja Malaysia amnya dengan menggegarkan pentas Sukan Bina Badan Asia di Guangzhou.

"Saya percaya segala kejayaan ini bukanlah dapat dikecapi dengan mudah tanpa sebarang usaha dan semangat juang yang tinggi dari setiap jaguh-jaguh yang bertanding demi mengharumkan nama Malaysia. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi menempa kejayaan ini. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari setiap jaguh-jaguh bina badan ini, kejayaan seperti ini tidak mungkin dapat dicapai," tambah YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan.

Turut hadir Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Pegawai Kanan Polis dan Anggota-anggota PDRM.

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Antara pingat yang pernah dimenangi

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) mengucapkan tahniah kepada jaguh-jaguh PDRM

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Antara kegemilangan Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersalaman dengan jaguh-jaguh PDRM

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Ketibaan YDH Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
YDH Ketua Polis Negara melihat zaman kegemilangan Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Antara ahli bina badan yang hadir

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Ucapan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Nantikan Terbitan Buku Si Sazali Samad Jaguh Bina Badan Dunia
Bergambar Kenangan bersama Pingat Kejuaraan


ArticlePublished 12 Jun 2014 3.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM