Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nak Lari Ke Mana Wahai Ninja Garfu

Diterbitkan: 19 Jul 2017 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ampang Jaya, 19 Julai 2017 - Hanya guna garpu untuk menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah. Itu antara kaedah digunakan seorang lelaki yang dikesan aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nak-lari-ke-mana-wahai-ninja-garfu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Ampang Jaya, 19 Julai 2017 - Hanya guna garpu untuk menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah. Itu antara kaedah digunakan seorang lelaki yang dikesan aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini.

Terbaru suspek dikesan mencuri dua telefon pintar serta komputer riba di sebuah kediaman di Lembah Jaya, Ampang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an mengalami kerugian lebih RM2,500 selepas kediamannya dipecah masuk penjenayah.

Sumber polis berkata, siasatan dilakukan di lokasi kejadian mendapati suspek memasuki kediaman menerusi tingkap belakang kediaman itu.

Katanya, pihak polis turut menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kediaman bersebelahan rumah mangsa.

“Hasil siasatan mendapati terdapat seorang lelaki yang menutup mukanya seperti ‘ninja’. Suspek mulanya dikesan cuba mengumpil pintu rumah jiran mangsa tetapi gagal.

“Dia kemudian cuba mencungkil tingkap kediaman mangsa menggunakan garpu dan berjaya memecah masuk rumah berkenaan.

“Pemeriksaan dilakukan pemilik kediaman mendapati dua telefon pintar dan komputer riba miliknya hilang disyaki dicuri penjenayah terbabit,” katanya.

Jelasnya, susulan kejadian mangsa membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenalpasti penjenayah terbabit.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2017 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM