Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nafsle 2026 Pdrm Perkasa Keupayaan Siasatan Melalui Sains Forensik

Diterbitkan: 17 Sep 2026 9.47 AM Dikemas kini: 20 Sep 2026 2.24 PM
Usaha tersebut dizahirkan menerusi penganjuran 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nafsle-2026-pdrm-perkasa-keupayaan-siasatan-melalui-sains-forensik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:57 MYT
Cheras, 17 September 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh keupayaan siasatan menerusi penguasaan sains forensik dan pemanfaatan teknologi terkini bagi memastikan proses penyiasatan berasaskan bukti saintifik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Usaha tersebut dizahirkan menerusi penganjuran 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengangkat tema “Forensic: AI Connecting The Dots”, simposium yang berlangsung selama dua hari itu memberi tumpuan kepada peranan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh keupayaan analisis forensik serta menyokong proses siasatan berasaskan bukti saintifik.

NAFSLE 2026 anjuran Bahagian (D13) Siasatan Databank DNA, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menjadi platform menghimpunkan pakar forensik, pegawai penyiasat, ahli akademik serta pengamal undang-undang bagi berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman, selain meneroka pendekatan serta inovasi berteraskan perkembangan teknologi semasa.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa NAFSLE merupakan wadah penting dalam memperkukuh keupayaan PDRM menerusi perkongsian kepakaran, pengalaman dan perkembangan terkini dalam bidang sains forensik bagi menyokong proses siasatan serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan.

Beliau turut menekankan bahawa penguasaan teknologi perlu seiring dengan pemeliharaan integriti dan etika kerja yang tinggi, selain dimanfaatkan secara amanah dalam pelaksanaan tugas.

Majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan Program DNA Hit of The Year 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi pegawai penyiasat dalam memanfaatkan bukti DNA bagi membantu melengkapkan serta memperkukuh siasatan kes jenayah.

Bagi tahun ini, Johan DNA Hit of The Year 2026 diraih oleh Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz, Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor.

Tempat kedua disandang Inspektor Wan Ahmad Fahmi Wan Iskandar, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Muallim, Perak, manakala tempat ketiga diraih Sarjan Amran Ismail, Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Seremban, Negeri Sembilan.

Penganjuran NAFSLE 2026 diharap terus memperkukuh keupayaan PDRM dalam menghasilkan siasatan yang lebih tepat, efisien dan berasaskan bukti, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan penguatkuasaan undang-undang masa kini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Dato' Meor Ismail Meor Akim, Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu selaku Penasihat Ahli Jawatankuasa Penganjur dan barisan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of crowd and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎NPLIO KHALID M አርፍ 0 نبهتا زرن MAKTAB POLIS DIRAJA AMALAYSIA KUALA KUALALUMPUR‎'

May be an image of dais and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎飯 極 عزد ្ន 4.yWЛAAR b عرقل ገርርጋያጠለልም MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA MA

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'FORENSIC FORE ISIC SCIENCF SYMPOSIUM-FOR 7NATIONAL th NATIONAL LAW. IFORÇEMENT MAKTAB POLIS DIRAJA FINAKTABPOL

May be an image of text

May be an image of flute, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of musical instrument and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of table, crowd and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of lighting, dais and text

May be an image of dais and text that says '6347 ISMAIL EMBILAN AERAH SEREMBAN L RPT. 11101/23 地 결찾 招山器 e TAgREeSC A 총중'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says '7 MAIL SEREMBAN LAN PT. 11101/23 ် etto 小照者 黑島 F FORSING'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais, newsroom and text that says 'DEVTAC The Next RONIN Advanced Generation Most DEVTAC OPTIONS Balistic Helmet IVDD-Ai MFACT ABSOFEINC

May be an image of text




ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2026 9.47 AMDikemas kini 20 Sep 2026 2.24 PM