Nafsle 2019 Simposium Perkongsian Ilmu Dan Kepakaran Bidang Forensik
Cheras, 7 Oktober 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) buat julung-julung kalinya telah menganjurkan 'National Forensic Science Symposium For Law Enforcement' (NAFSLE) 2019 bertempat di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini sebagai medan perkongsian ilmu dalam bidang kepakaran forensik di peringkat kebangsaan sekaligus melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam bidang tersebut pada masa akan datang.
Bertepatan dengan temanya, 'Inovasi Forensik dalam Penguatkuasaan Undang-Undang', objektif utama NAFSLE 2019 sebagai pendedahan penggunaan teknologi terkini bidang forensik dalam pengoperasian, siasatan serta pendakwaan mengikut keperluan portfolio penguatkuasaan undang-undang khusunya bagi agensi-agensi berkaitan di Malaysia.
Simposium yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 9 Oktober 2019 melibatkan 300 peserta terdiri daripada pegawai kanan PDRM dan beberapa agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Berlangsung dalam majlis yang sama sebentar tadi adalah upacara Pelancaran Buku Laporan Forensic DNA Databank Malaysia (FDDM) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dengan disaksikan oleh Pengarah JSJ, CP Dato’ Huzir Mohamed.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik Databank DNA/Perancangan Strategi), DCP Dato' Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, para pegawai kanan PDRM, penceramah-penceramah jemputan, peserta simposium dan wakil-wakil media.
Sekitar Pelancaran Buku Laporan Forensic DNA Databank Malaysia (FDDM) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.
Nyanyian lagu 'Negaraku'.
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed.
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar Pelancaran Buku Laporan Forensic DNA Databank Malaysia (FDDM) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.
Ucapan dasar oleh Distinguished Professor, University of New Haven, Commissioner (Ret.), Connecticut State Police, Director, Forensic Research and Training Center, Founder, Institute of Forensic Science, Professor Henry C. Lee (US).
Sesi taklimat oleh President of the Gordon Thomas Honeywell Governmental Affairs Firm in Washington, Mr. Tim Schellberg (US).
Sesi taklimat oleh Senior Business Development Thermo Fisher Scientific Manager of Asia, Mr Gunther Unger (US).
Sesi Taklimat oleh Vice President of Sales APAC, Digital Intelligence and Investigation Solutions at Cellebrite, Mr Terry Loo (Singapore).