
Kpn Diundang Sertai Pertandingan Menembak Tahunan Kehakiman
Hulu Selangor, 8 Oktober 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador diundang sebagai tetamu jemputan dalam Pertandingan Menembak Tahunan Kehakiman 2019 yang diadakan di Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Kubu Bharu, di sini, 5 Oktober lalu.
Dalam pertandingan itu, Tan Sri Abdul Hamid sempat menunjukkan kemahiran dan kehebatan beliau mengendalikan pistol dengan melepaskan beberapa tembakan yang mengenai papan sasaran.
Pertandingan menembak tersebut melibatkan lebih 40 para peserta yang terdiri daripada para hakim termasuk Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.