Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Murid Tergunting Lidah Sendiri Tiada Unsur Buli Ketua Polis Selangor

Published: 31 Mar 2016 8.18 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Shah Alam, 31 Mac- Tidak wujud unsur buli dalam insiden seorang murid darjah dua yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri pada 24 Mac lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/murid-tergunting-lidah-sendiri-tiada-unsur-buli-ketua-polis-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:08 MYT

Shah Alam, 31 Mac- Tidak wujud unsur buli dalam insiden seorang murid darjah dua yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri pada 24 Mac lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan alat tajam berkenaan yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

"Kejadian berlaku di dalam kelas, ketika itu terdapat 34 murid dan seorang guru wanita, serta bukan dipaksa oleh lima murid bertopeng di dalam tandas seperti yang didakwa oleh murid berkenaan.

"Sejurus selepas kejadian, murid itu terus dihantar ke hospital dan melaporkan perkara itu kepada ibu bapanya," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat daripada Koperal kepada Sarjan di sini hari ini.

Abdul Samah berkata dalam siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lepas sehingga semalam, tiada kenyataan atau bukti kukuh yang menyokong cerita mangsa.

Beliau berkata laporan penuh telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya telah dimaklumkan tiada tindakan akan diambil kerana tidak wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Laporan bertulis hasil siasatan juga akan diberi secepat mungkin kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.

Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.- BERNAMA

ArticlePublished 31 Mar 2016 8.18 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM