Muka Baru Pengerusi Urusetia Nkra Bukit Aman
BUKIT
AMAN - 6 Ogos - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini telah mengadakan
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Urusetia NKRA di antara YDH
DCP Dato' Abdul Samah bin Haji Mat dan YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji
Yaakub di Auditorium Tingkat 16, Menara 2, Bukit Aman.
Program National Key Performance Indicators (NKPI)/NKRA bertujuan mengurangkan keseluruhan jenayah indeks sebanyak 5 peratus - a further reduction of 5 percent based on Year 2010 results, dan mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus - a futher reduction of 20 percent based on Year 2009 results.
"Berbekalkan
pengalaman mentabdir di beberapa Kontinjen termasuk Kontinjen Pulau
Pinang yang dikenali kawasan panas, saya yakin beliau mampu untuk
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau", ujar
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah PDRM.
"Saya
telahpun memberikan arahan kepada semua Ketua-Ketua Polis Daerah bagi
mengadakan sesi sidang media setiap pagi pada hari yang ditentukan
agar dapat menyalurkan input-input tepat berkaitan kejadian-kejadian
jenayah yang berlaku di sekeliling", tambah YDH Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah dalam satu sidang akhbar.
Turut
hadir YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/
Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, YDH SAC Datuk Mazlan bin Mansor,
Timbalan Pengarah Perancangan Dan Strategi, YDH SAC Datuk Abdul Malek
bin haji Harun, Timbalan Pengarah Data Bank DNA, YDH SAC Chee Cheng Wan,
Ketua Penolong Pengarah (D4), YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Pen.
Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai-Pegawai Kanan Polis
dan Wakil Media.

Ketibaan YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

Nyanyian lagu Negaraku

Majlis dimulakan dengan doa


Menandatangani dokumen Penyerahan Jawatan Pengerusi Urusetia NKRA disaksikan oleh YDH Pengarah JSJ

Penyerahan dokumen

Ucapan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

Ucapan YDH DCP Dato' Abdul Samah bin Haji Mat

Ucapan YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakub







Antara yang hadir



Sidang Media
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo