Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mthqa Kpn Hadir Majlis Santapan Minum Petang Di Istana Negara

Diterbitkan: 23 Oct 2022 10.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2022 - Sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antrabangsa (MTHQA) kali ke-62 Tahun 2022 yang bakal melabuhkan tirainya esok, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri Majlis Santapan Minum Petanag di Istana Negara dekat Jalan Duta, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mthqa-kpn-hadir-majlis-santapan-minum-petang-di-istana-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:04 MYT
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2022 - Sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-62 Tahun 2022 yang bakal melabuhkan tirainya esok, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri Majlis Santapan Minum Petang di Istana Negara dekat Jalan Duta, di sini.

Berangkat mencemar duli ke majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Majlis Santapan tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu jemputan termasuk 41 peserta tilawah dari 32 buah negara yang menyertai MTHQA kali ini, para pembesar dari dalam dan luar negara.

Hadir sama dalam majlis yang berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara itu ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Hj. Idris Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hjh. Hakimah Mohd Yusoff.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 7 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 11 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 17 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor
ArtikelDiterbitkan 23 Oct 2022 10.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM