Article
Mpv Ipd Lipis Lakukan Hebahan Amaran Kepada Penduduk Kawasan Dinaiki Air
Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Pahang melakukan hebahan amaran kepada penduduk Kampung Melaka, Kampung Dusun dan sekitar Pada...
Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Pahang melakukan hebahan amaran kepada penduduk Kampung Melaka, Kampung Dusun dan sekitar Padang Tengku agar berwaspada ekoran hujan yang berterusan sehingga menyebabkan paras air sungai naik mendadak.
Penduduk di kawasan tersebut juga dinasihatkan agar menyimpan dokumen-dokumen penting dan sentiasa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Sumber: Polis Daerah Lipis
Pautan: https://www.facebook.com/PolisDaerahLipis/videos/504660874181924/
