Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mpv Cekup Geng Kapak

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sikap tamak tiga perompak 'Geng Kapak' cuba memecah masuk premis ketiga, iaitu sebuah bengkel kereta di Jalan Simbang, Taman Perling, di sini membawa padah apabila dua daripada mereka ditahan, awal pa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mpv-cekup-geng-kapak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:06 MYT

Mpv Cekup Geng Kapak

MPV CEKUP GENG KAPAK : Sikap tamak tiga perompak 'Geng Kapak' cuba memecah masuk premis ketiga, iaitu sebuah bengkel kereta di Jalan Simbang, Taman Perling, di sini membawa padah apabila dua daripada mereka ditahan, awal pagi semalam. 

Menyedari kehadiran pasukan peronda polis (MPV), ketiga-tiganya yang berusia antara 20 hingga 26 tahun cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm sebelum merempuh kereta pasukan. 

Polis menemui dua kapak, pemutar skru, kayu hoki, pemukul golf dan baton selain beberapa telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai dicuri dalam Storm terbabit yang dilaporkan hilang di Gelang Patah dan siasatan lanjut membawa kepada penemuan tiga kereta lain yang dicuri iaitu Perodua Kenari, Honda CRV dan Proton Gen 2.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM