Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah

Published: 12 Jun 2014 7.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Unit Expressway Mobile Patrol Vehicle (EMPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membuat rampasan dadah 'syabu' seberat lebih kurang 28 kilogram ketika menjalankan tugas pemeriksaan kenderaan di Lebu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mitsubishi-lancer-gt-2-0-bantu-pdrm-banteras-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:19 MYT
Oleh : Kpl Edwind Indo

MITSUBISHI LANCER GT 2.0 BANTU PDRM BANTERAS JENAYAH

KUALA LUMPUR, 4 JULAI – 14 Mei yang lalu, Unit Expressway Mobile Patrol Vehicle (EMPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membuat rampasan dadah 'syabu' seberat lebih kurang 28 kilogram ketika menjalankan tugas pemeriksaan kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jitra, Kedah.

Susulan itu, pada 26 Jun baru-baru ini, anggota unit EMPV ini juga telah berjaya menahan seorang suspek di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh bersama sepucuk pistol, peluru, dadah, berserta kenderaan curi yang digunakan oleh suspek.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menjelaskan ianya merupakan antara rampasan dadah yang terbesar di Kedah sejak beberapa tahun yang lalu.

Berucap sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Mitsubishi Lancer Oleh Plus Malaysia Berhad Kepada Cawangan Trafik Bukit Aman, YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada PLUS di atas sumbangan itu bagi membantu memperkukuhkan penjanaan sumber logistik PDRM.

Beliau turut memuji Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) sebagai antara syarikat yang sentiasa prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh PDRM.

"Saya ingin mengambil kesempatan di majlis ini untuk menyeru kepada semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik, Bukit Aman supaya menjalankan tugas secara profesional dan komited dan yang paling penting sekali ialah hasil yang ingin dicapai iaitu kejayaan serta peningkatan prestasi dalam mengurangkan kemalangan jalan raya dan juga insiden-insiden jenayah di negara ini," akhiri beliau.

Hadir sama pada hari ini, Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, YDH Dato' Seri Mohd Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan Lembaga Lebuhraya Malaysia/PLUS Malaysia Berhad, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan menyambut ketibaan tetamu

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara mengiringi ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Antara yang hadir

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Dari kiri... YDH Dato Seri Mohd Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam dan YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Antara yang hadir

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Majlis Bacaan doa oleh Inspektor Mohd Riduan bin Zaini

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Ucapan balas oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Majlis simbolik penyerahan kenderaan jenis Mitsubishi Lancer GT 2.0 kepada Cawangan Trafik Bukit Aman

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Antara 10 buah Mitsubishi Lancer GT 2.0 yang diterima oleh Cawangan Trafik Bukit Aman

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Majlis 'Flag Off' oleh Ketua Polis Negara bersama Pengerusi PLUS Malaysia Berhad di 'Foyer' Menara 1 Bukit Aman

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
YDH Ketua Polis Negara sekali lagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak PLUS Malaysia Berhad

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Bergambar Kenangan di 'Foyer' Menara 1 Bukit Aman

Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Mitsubishi Lancer Gt 2 0 Bantu Pdrm Banteras Jenayah
Sidang Media
ArticlePublished 12 Jun 2014 7.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM