Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misteri Van Putih

Published: 10 Sep 2015 4.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur: Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Datin Asmawati Ahmad berkata, dalam hal ini, polis mendapati laporan kononnya kes penculikan membabitkan van putih untuk penjualan organ dan lain-lain sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat sebenarnya adalah palsu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misteri-van-putih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:39 MYT


Kuala Lumpur: Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Datin Asmawati Ahmad berkata, dalam hal ini, polis mendapati laporan kononnya kes penculikan membabitkan van putih untuk penjualan organ dan lain-lain sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat sebenarnya adalah palsu.

Menurut beliau, penyebaran maklumat seumpama itu terutama dalam Internet yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab secara tidak langsung boleh membangkitkan kegusaran dalam masyarakat.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sesuatu berita dan menyemaknya terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum berkongsi dengan pihak ketiga di laman sosial masing-masing," katanya.

Katanya, seseorang yang menggunakan Internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mereka-reka berita palsu itu menjadi viral akibat budaya 'cut, paste and forward' berupaya menakut-nakutkan dan membangkitkan kegusaran masyarakat.

"Pengguna Internet menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Oleh itu semua pengguna Internet dinasihatkan tidak menyalahgunakan mana-mana medium komunikasi menyebarkan perkara palsu kerana ia tidak bermoral dan boleh mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Sumber: Harian Metro

Misteri Van Putih

ArticlePublished 10 Sep 2015 4.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM