Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misteri Kereta Separuh Tenggelam Selesai

Published: 18 Jun 2014 12.51 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Shah Alam, 10 Sept – 12 ditahan reman termasuk seorang wanita dalam pembunuhan seorang lelaki di Bestari Jaya pada 30 Ogos lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misteri-kereta-separuh-tenggelam-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT

Shah Alam, 10 Sept – 12 ditahan reman termasuk seorang wanita dalam pembunuhan seorang lelaki di Bestari Jaya pada 30 Ogos lalu.

Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Polis Selangor, SDCP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan berkata ke semua suspek ditahan sejak awal September lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan dan direman sehingga Ahad ini.

"Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri, tiga kelongsong peluru SME, enam peluru hidup SME 9mm, pemutar skru dan sembilah buah telefon bimbit dan ke semua suspek berumur lingkungan 21 tahun hingga 48 tahun", tambahnya lagi.

‘Motif pembunuhan lelaki tersebut ekoran daripada perselisihan faham mengenai perniagaan cicak tokek yang difahamkan digunakan dalam perubatan dan mempunyai nilai yang tinggi. Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa merupakan orang yang diamanahkan untuk menjaga haiwan tersebut sehingga dia menghilangkan diri’, katanya.

Ketua Polis Selangor berkata, salah seorang suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meminta bantuan kenalan yang lain untuk mengesan mangsa sehingga mangsa ditemui mati pada 30 Ogos lalu di dalam sebuah kereta jenis Saga.

"Hasil post mortem yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa ada 'gun shot wound to the trunk' atau tembakan di rusuk. Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek-suspek yang terlibat kes tersebut dapat diselesaikan dengan pantas", katanya lagi.

Selain itu, SDCP Dato Pahlawan Mohd Shukri menasihatkan dan mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan senjata api tiruan boleh disabitkan kesalahan dibawah akta Senjatapi Penalti lebih berat 1959.

Pada 31 Ogos yang lalu beberapa akhbar melaporkan dimana seorang pengawal keselamatan melihat sebuah kereta hampir terbenam dengan penggelap cermin masih berfungsi di sebuah lombong di Bestari Jaya dan siasatan awal polis di tempat kejadian menjumpai mayat lelaki di lantai tempat duduk belakang kereta dengan luka tikaman pada rusuk kanan belakang badan.

Misteri Kereta Separuh Tenggelam Selesai
Misteri Kereta Separuh Tenggelam Selesai
Misteri Kereta Separuh Tenggelam Selesai

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.51 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM