Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misteri Kehilangan Barang Kelengkapan Rumah Akhirnya Terungkai Dua Suspek Ditahan

Published: 29 May 2015 10.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 29 Mei- Rasa pelik sebuah keluarga apabila barang kelengkapan di rumah mereka sering hilang sejak dua minggu lalu akhirnya terjawab dengan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu pada 20 Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misteri-kehilangan-barang-kelengkapan-rumah-akhirnya-terungkai-dua-suspek-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:39 MYT

Muar, 29 Mei- Rasa pelik sebuah keluarga apabila barang kelengkapan di rumah mereka sering hilang sejak dua minggu lalu akhirnya terjawab dengan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata ia berikutan polis dapat mengesan nombor pendaftaran dan alamat pada sebuah lori yang ditinggalkan di hadapan rumah mangsa di Jalan Ismail di sini.

"Sebelum itu, mangsa yang kebetulan pulang terkejut melihat sebuah lori berada di hadapan rumah dengan dipenuhi kelengkapan barangan rumah miliknya.

"Suspek yang menyedari kehadiran pemilik rumah melarikan diri namun polis akhirnya mengesan pemilik lori berkenaan iaitu bapa kepada seorang daripada suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata berikutan itu polis menahan dua suspek berumur 19 dan 20 tahun yang juga positif dadah jenis syabu berdasarkan ujian air kencing.

Katanya sebelum ini pemilik rumah itu yang merupakan seorang peniaga pasar awam berumur 42 tahun membuat laporan polis yang menyatakan barang kelengkapan di rumahnya sering hilang.

"Rumah itu merupakan kediaman persinggahan keluarga mangsa dan jarang didudukinya tetapi pada hari kejadian, mangsa terkejut melihat suspek dan lori berada di hadapan rumah sebelum mengejar suspek yang meninggalkan lori bersama barangan rumah," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam lori itu menemui dua peti sejuk, satu alat pendingin hawa, satu sinki, sebuah mesin jahit, dua mesin pencetak, sebuah pemanas air dan sebuah rak besi dipercayai milik mangsa.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan denda.- BERNAMA

ArticlePublished 29 May 2015 10.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM