Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Misi Pengaman Unmiss Kontinjen Pdrm Laksana Penugasan Di Sudan Selatan

Diterbitkan: 17 Nov 2022 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Seramai 10 pegawai polis yang diatur gerak ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Sudan Selatan (UNMISS) telah selesai menjalani kursus induksi dan kini sedang melakukan penugasan di Juba, Sudan Selatan sejak 11 Oktober yang lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-unmiss-kontinjen-pdrm-laksana-penugasan-di-sudan-selatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:23 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Seramai 10 pegawai polis yang diatur gerak ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Sudan Selatan (UNMISS) telah selesai menjalani kursus induksi dan kini sedang melakukan penugasan di Juba, Sudan Selatan sejak 11 Oktober yang lalu.

Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberikan taklimat dan pendedahan mengenai modul induksi secara menyeluruh berkaitan peranan dan tatacara kerja komponen jabatan yang terdapat di dalam struktur organisasi UNMISS selain diberi penempatan awal melibatkan kawasan di sekitar Juba, Bor, Bentiu dan Malakal.

Penugasan yang dilakukan adalah melibatkan rondaan di kawasan 'High Visibility Patrol', 'Coordinated Internally Displaced People Camp Patrol', 'Co-Location' dan 'Community Trust Building Patrol' dan 'Dynamic Air Patrol' selain turut melakukan latihan pengurusan krisis antara pasukan 'United Nation Police' dan 'United Nation Military' dalam memantapkan prosedur operasi standard sedia ada.

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2022 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM