
Article
Misi Pengaman Unmiss 10 Pegawai Polis Bakal Berlepas Ke Sudan Selatan
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, atur gerak tersebut melibatkan sembilan pegawai kanan polis dan seorang pegawai rend...
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2022 - Seramai 10 pegawai polis hari ini dipakaikan beret United Nations dan Lencana Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNPOL) untuk diatur gerak ke Misi Pengaman PBB ke Sudan Selatan (UNMISS), pada 10 Oktober depan.
"Sebagai wakil PDRM yang membawa nama negara, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan untuk sentiasa mematuhi segala peraturan serta arahan Pasukan, UNPOL dan PBB.
"Laksanakanlah tugas dengan penuh dedikasi serta profesional dan jagalah etika serta disiplin sepanjang berkhidmat di negara orang. Selain itu, bekerjasamalah dengan sahabat-sahabat dari lain-lain negara yang turut menyertai misi ini," ucap beliau sempena Majlis Penyampaian Amanat dan Atur Gerak Misi Pengaman PBB di Bukit Aman, pagi tadi.
Turut berlangsung dalam majlis sama ialah pemakaian lencana Center of Excellence for Stability Police Units (CoESPU) kepada pegawai kanan polis yang telah menghadiri kursus luar negara tajaan PBB di negara Italy.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dato' Mohd Sayuthi Bakar dan barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Koperal Irfan Bujang