Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid

Published: 12 Jun 2014 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang sehingga kini masih memberikan kepercayaan kepada PDRM dan merestui pengh..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-pbb-darfur-sudan-unamid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT


Oleh : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin

SEPANG, 12 September - PDRM hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang sehingga kini masih memberikan kepercayaan kepada PDRM dan merestui penghantaran kumpulan seramai 23 pegawai dan anggota ke United Nations African Union Mission in Darfur (UNAMID) di Sudan bagi menggantikan pasukan yang telah kembali pada 16 Disember 2011 yang lalu.
"Dengan penyertaan kumpulan ini, pegawai dan anggota PDRM yang berada di Darfur, Sudan adalah seramai 40 orang.
Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan ini akan diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah, selaku Ketua Kumpulan G 25.

PDRM juga mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang penuh yakin dan sentiasa memberi peluang kepada warga PDRM untuk melaksanakan tugas sebagai satu daripada pasukan pengaman PBB di negara tersebut. Sesungguhnya keyakinan PBB kepada PDRM, membuktikan bahawa pegawai dan anggota PDRM, telah berjaya mempamerkan kecemerlangan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam misi-misi pengaman PBB sebelum ini", amanat oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM yang disampaikan oleh YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran). 

"Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan-tuan yang merupakan pegawai dan anggota polis yang terlatih, berdisiplin dan bermotivasi tinggi, akan dapat melaksanakan misi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan baik. Berbekalkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan, tentunya UNAMID akan mendapat manfaat secara langsung melalui implementasi mandat PBB di misi yang akan anda sertai ini", ujarnya lagi.

"Anda dapat bertukar pendapat serta budaya kerja dengan rakan-rakan setugas antarabangsa di UNAMID. Ambillah "good practices" untuk menjadi pedoman diri sendiri setelah kembali dari misi kelak, dan panjangkan kepada rakan-rakan sekerja di dalam PDRM untuk manfaat bersama. Dengan demikian, secara tidak langsung, imej PDRM dan negara akan sentiasa kekal sebagai sebuah pasukan pengaman yang akan terus mendapat kepercayaan dan pujian daripada PBB"

"Selama berkhidmat di negara tersebut, pegawai dan anggota PDRM hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang di bawah bendera PBB. Sebagai wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas di tempat orang. Tunjukkanlah kualiti disiplin yang tinggi dan bertugaslah secara professional kerana Pegawai dan Anggota yang  berkhidmat di bawah misi pengaman PBB di Darfur, Sudan ini, tetap tertakluk kepada Seksyen 11 Akta Polis 1967, dan Perintah Am Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993" nasihat YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman sebelum mengakhiri ucapannya.

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Superintendan Imran bin Abd Rahman Ketua Polis Daerah Sepang, Yang Dihormati Superintendan Che Zakaria bin Othman Ketua Pegawai Turus Istiadat Bukit Aman

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), ketika menyampaikan ucapan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
DSP Shaharuddin bin Abdullah, selaku Ketua Kumpulan G 25 ketika membaca ikrar

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Bacaan ikrar

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Sekitar program

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Bacaan doa

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Sekitar program

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Sekitar program

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Sekitar program

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

Misi Pengaman Pbb Darfur Sudan Unamid
Pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Darfur, Sudan

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM