Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke Sudan

Diterbitkan: 24 Sep 2016 8.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 10 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Darfur, Sudan bagi menyertai Misi Pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), United African Union Mission In Darfur (UNAMID).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-pbb-10-pegawai-dan-anggota-pdrm-berlepas-ke-sudan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT


Sepang, 25 September 2016 - Seramai 10 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Darfur, Sudan bagi menyertai Misi Pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), United African Union Mission In Darfur (UNAMID).

Majlis meraikan penghantaran (Send-Off) pegawai dan anggota tersebut diadakan di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di sini, malam tadi sebelum mereka dijangka berlepas ke Sudan pada jam 2.10 awal pagi ini.

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mewakili Ketua Polis Negara bersama barisan pegawai kanan, warga PDRM dan ahli keluarga pegawai dan anggota Misi Pengaman PBB hadir majlis 'Send-Off'.

Pegawai dan anggota terlibat akan bertugas bermula dari 25 September 2016 hingga 25 September 2017 untuk meneruskan kesinambungan dan penglibatan PDRM dalam tugas kepolisan antarabangsa di bawah United Nations Police (UNPOL) .

Majlis turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagaian Dasar Sumber Manusia Pengurusan Penilaian Kompentensi Jabatan Pengurusan, SAC Mohd Roze Shaari, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, SUPT Mohd Shukhairy Abd Sabhe, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (KLIA 1), SUPT Saharuddin Abdullah, warga PDRM dan dif-dif jemputan.


Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke SudanKetua Penolong Pengarah Bahagaian Dasar Sumber Manusia Pengurusan Penilaian Kompentensi Jabatan Pengurusan, SAC Mohd Roze Shaari ketika mewakili ucapan dan amanat Ketua Polis Negara

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke SudanSAC Mohd Roze Shaari menyerahkan Bendera Malaysia kepada Ketua Kontinjen PDRM ke Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID), DSP Shoppri Saad

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke SudanBacaan lafaz ikrar oleh petugas misi yang diketuai oleh Ketua Kontinjen PDRM ke Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID), DSP Shoppri Saad

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke Sudan
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah beramah mesra dengan pegawai dan anggota PDRM sebelum mereka berlepas ke Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID)

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke Sudan
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah beramah mesra dengan pegawai dan anggota PDRM sebelum mereka berlepas ke Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID)

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke Sudan
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota PDRM sebelum mereka berlepas ke Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID)

Misi Pengaman Pbb 10 Pegawai Dan Anggota Pdrm Berlepas Ke Sudan
Sekitar sebelum petugas misi mendaftar masuk penerbangan (bergambar kenangan bersama ahli keluarga)

ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2016 8.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM