Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Minyak Diesel Bersubsidi Dua Lelaki Berputih Mata

Published: 19 Jun 2014 1.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sandakan, 13 Feb – Niat dua lelaki tempatan mengaut keuntungan hasil daripada jualan minyak diesel subsidi tidak kesampaian apabila premis yang digunakan untuk memindahkan minyak diesel daripada lori-..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/minyak-diesel-bersubsidi-dua-lelaki-berputih-mata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:19 MYT

Sandakan, 13 Feb – Niat dua lelaki tempatan mengaut keuntungan hasil daripada jualan minyak diesel subsidi tidak kesampaian apabila premis yang digunakan untuk memindahkan minyak diesel daripada lori-lori yang datang ke tempat itu diserbu pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, Sabah di Batu 14, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata semasa serbuan dijalankan didapati sebuah lori sedang mengepam minyak diesel dari lori ke tangki dan pemeriksaan lanjut turut menjumpai dua buah tangki besar berisi minyak diesel masing-masing 4,000 liter dan 4,200 liter.

"Hasil maklumat awam dan risikan PPM mendapati premis tersebut digunakan sebagai transit oleh lori-lori yang datang ke tempat itu untuk memindahkan minyak diesel dan dianggarkan jumlah keseluruhan minyak diesel itu bernilai RM 106,400," katanya lagi.

Selain itu, turut ditahan dua lelaki tempatan dimana masing-masing adalah penjaga premis dan pemandu lori.

Minyak diesel dan suspek-suspek yang ditahan dibawa ke Pengkalan PPM Sandakan dan akan diserahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK ) untuk tindakan lanjut.

ACP Mohamad memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba atau menjalankan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi agar menghentikan perbuatan tersebut kerana PDRM akan terus dan sentiasa memantau kegiatan itu di mana ia merugikan negara dan wang rakyat khususnya di kawasan Sandakan.

Minyak Diesel Bersubsidi Dua Lelaki Berputih Mata
Sumber : Pasukan Polis Marin Sandakan, Sabah

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM